Monday, November 8, 2010

Pertukaran Jadual Baru & Pertambahan Subjek Bagi Tahun 1 Banin.

Assalamualaikum~ Maaf, jadual baru telah dikeluarkan bagi pelajar banin tahun 1 dan pertambahan subjek hadis telah dimasukkan dalam sukatan subjek bagi tahun ini. Bilangan subjek adalah sama seperti pelajar banat sekarang:-

Religious Studies:
Al-Quran(Juz 29)
Sirah Nabawiyah(Islamic History)
Hadeeth

Medical Subjects:
Anatomy(Body System,Head & Neck,Embryology)
Biochemistry
Histology
Physiology

Dental Subjects:
Crown & Bridge
Prosthodontic
Operative Dentistry
Dental Biomaterial
Human Dentition(Dental anatomy)

Teruskan Usaha!!

Thursday, October 28, 2010

Mau pergi UK?

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, tahun 2010, MedicMesir akan bersama-sama menjayakan JOM! "Perhimpunan Musim Sejuk 2010 UK-EIRE" yang akan berlangsung pada24-27hb December 2010. Untuk tahun ini, PMS 2010, akan diadakan diJamiaa Al Huda, Sheffield, United Kingdom.
Objektif MedicMesir mempelawa warga MedicMesir yang berminat dan berkemampuan adalah untuk memberi pendedahan serta membina jaringan kenalan terutamanya dengan pelajar perubatan di United Kingdom dan EIRE. Program ini TERBUKA kepada semua, danTIDAK TERHAD kepada pelajar MedicMesir sahaja.

Ini juga salah satu persediaan jaringan awal terhadap 'JOM! UK 2012' yang dilancarkan di JOM 'Pulau Kapas 2010'. "JOM! UK 2012' insyallah akan diadakan pada cuti musim sejuk tahun 2012. 'JOM! UK 2012' adalah program khas lawatan ke 8 muhafazah di UK / EIRE , khasnya membina jaringan dikalangan pelajar perubatan Mesir dan UK/EIRE. Disamping membina jaringan, ini membuka peluang untuk masing-masing berkongsi pengalaman dan menerokai peluang-peluang yang ada di UK dan EIRE dan pelbagai aspek kerjaya untuk masa hadapan.

Untuk 'JOM! PMS 2010' , MedicMesir akan menaja sebahagian kos kapalterbang dan berkaitan bagi pelajar-pelajar yang terpilih.

Memandangkan, program ini melibatkan 3 hari waktu kuliah (25hb Disember adalah cuti bagai sebahagian universiti). Maka, persediaan awal kuliah serta kebenaran Dekan adalah diperlukan. Hanya pelajar Tahun 2 keatas sahaja dibenarkan untuk menyertai 'JOM! PMS 2010'. Insyallah, Ummi serta keluarga dan 'ibubapa keluarga' MedicMesir dan 'JOM! Crew' akan bersama-sama sepanjang program berlangsung.

Bersama ini cadangan perjalanan program:

23hb Disember , malam (Sabtu ) : Bertolak ke London (melalui lapangan terbang Sharm El Sheikh)
24-27hb Disember (Ahad-Rabu): Program JOM! PMS 2010
28hb Disember (Khamis) : Melawat beberapa lokasi utama di London
29hb Disember (Jumaat): BEBAS
30hb Disember : Bertolak balik ke Mesir

Sesiapa yang berminat, sila nyatakan di link 'BORANG JOM! 'PMS 2010'
Segala pertanyaan, sila berhubung di Yahoo Messenger >>>medicmesir@yahoo.com
Semoga Allah swt mempermudahkan urusan kita mengembangkan silatulrahim dan ukhuwah, disamping menambah ilmu dan berjaulah ke UK.

Salam,
ummiMM (+6019 2306167 @ +20112582670)

Saturday, October 16, 2010

Muat Turun Cetakan Ketiga Contemporary Fixed Prosthodontics

Buku Contemporary Fixed Prosthodontics yang dicadangkan oleh Dr Tamer A. Hamza bagi subjek Crown & Bridges boleh didapati di link berikut. Walaubagaimanapun, link tersebut adalah muat turun bagi edisi cetakan ketiga buku tersebut. Maaf, cetakan terkini untuk dimuat turun tidak dapat dijumpai di internet. Mungkin bagi cetakan keempat yang terkini tersebut boleh didapati di pasaran.




"Demi manfaat bersama"

Tuesday, October 12, 2010

Contemporary Fixed Prosthodontics

Buku rujukan yang bertajuk 'Contemporary Fixed Prosthodontics' yang disusun oleh SF Rosenstiel, MF land dan J Fujimoto telah disarankan oleh Dr.Tamer A. Hamza bagi subjek Crown and Bridges. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh menekan pada link yang berikut:




Manfaatkan Sepenuhnya..

Sunday, October 10, 2010

Nota Human Dentition Pelajar Banin

Bagi mana-mana pelajar pergigian tahun 1 banin yang ingin mendapatkan nota bagi subjek Human Dentition, boleh cuba mendapatkannya di sini:


Bagi pelajar-pelajar banat yang berminat pun boleh cuba mendapatkannya di link tersebut.


P/s: Nota kepada diri:

"Mula belajar daripada awal minit hingga ke minit terakhir,
bukannya pada minit2 terakhir"

Allahu Yubarik 'Alaih

Senarai Subjek Pergigian Banin Tahun 1

Assalamualaikum~~ Maaf, mungkin agak terlambat bagi saya memaklumkan senarai subjek untuk pergigian banin tahun 1. Maklumlah,kelas baru bermula semalam dan segalanya berjalan lancar untuk pelajar-pelajar tahun 1 dan juga pelajar-pelajar pra-pergigian yang baru sampai. Berikut adalah senarai subjek pergigian banin tahun 1, ada 12 subjek kesemuanya:

Al-Quran(Juzuk 29)
Sirah Nabawiyah

English

Dental biomaterial
Human dentition(dental anatomy)
General anatomy
General Histology
General Physiology
Prosthodontic
Crown & Bridge
Biochemistry
Operative Dentistry

Banyak kan subjek dentistry?? Siapa kata belajar dental medicine ini senang. Sama je susahnya seperti medicine. Siap kami kena belajar subjek2 medicine ini di kuliah tibb lagi. Pelajar2 Tibb pun tiada berpeluang untuk belajar di kuliah kami.(hehe,gurauan semata2)
Biar sesukar manapun cuma yang tinggal nak hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Besok pihak kuliah akan adakan sedikit jamuan makan2 sempena menyambut kedatangan pelajar baru. Mari kita memeriahkan majlis ramai2!!

Selamat maju jaya kepada semua..
Allahu yastur fi ddunnia wal akhirah..


Saturday, October 2, 2010

List of Subjects (Tib Asnan Banat)

Assalamualaikum.

Selamat datang ke semester baru 2010/2011 bagi gigians al-Azhar sesi 09/10. Semoga bersemangat selalu. YA!!! List subjek untuk tahun 1 gigians banat :


Dental Biomaterials
Dental Anatomy & Physiology
Biochemistry
 General Histology
Operative Dentistry
Crown and Bridge
Removable Prosthodontics
General Physiology
Hadeeth
Sirah
Quran (juz 29 & 30)
English Language

Good luck ya semua! Oh, by the way, selamat datang kepada junior gigians baru sesi 2010/2011. Selamat datang ke bumi anbia' dan selamat menuntut ilmu. ;)

p/s : List subjek yang banin punya akan menyusul selepas ini. Stay tuned!

Monday, September 27, 2010

TAJAAN MARA - Peruntukan BARU 2010

Salam,

Semoga sentiasa didalam rahmat Allah swt!
Syukur Alhamdulillah atas peruntukan pendidikan yang telah diterima oleh MARA.

MedicMesir telah memanjangkan semua permohonan tajaan MARA yang dihantar melalui MedicMesir. Bagi pelajar tahun 2/3 sesi 2010, tidak tertakluk kepada apa jua keputusan tahun 1/2, sila hantar borang permohonan SEGERA.

Dapatkan borang di mana-mana pejabat MARA atau HQ di Medan MARA.
Sila pastikan semua permohonan dihantar DALAM BULAN SEPTEMBER !

Segala pertanyaan sila email terus ke ummi.medicmesir@gmail.com


Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan tajaan! Ameen

Salam,
ummiMM

Jadual Peperiksaan Ulangan dan Peperiksaan Agama (Pergigian Banin Tahun 1 09/10)

25/9/2010 = Chemistry***

26/9/2010 = Botany***

27/9/2010 = Zoology***

28/9/2010 = Islamic Jurisprudence

29/9/2010 = Aqidah***

30/9/2010 = Holy Koran

2/10/2010 = Arabic 1

3/10/2010 = Arabic 2

4/10/2010 = Computer***




***hanya untuk mereka yang GAGAL sahaja.

Semoga kita semua lulus dengan kejayaan!!
Bittaufiq wannajah fil imtihan..
Allahu yastur fil imtihan..

Barakallahu lakum..

Sunday, September 26, 2010

JOM Kuliah!

Assalamualaikum!

Kuliah telah bermula dari 18 September baru-baru ini bagi Tib Asnan Banat. Bagi yang Banin pula akan bermula selepas peperiksaan agama yang dijangka bermula pada awal Oktober. Kepada yang masih di Malaysia, cepat-cepat la balik... tak larinya Malaysia tu. Jangan cita-cita yang lari nanti susah. Meshi?





Kepada pelajar baniin, good luck untuk imtihan agama! Kullu bittaufiq wannajah~ ;DD

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum!




Di kesempatan ini, pihak admin serta penulis2 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua gigians Al-Azhar. Kepada yang pulang ke tanah air, semoga berbahagia menyambut lebaran bersama keluarga. Kepada yang bakal beraya di perantauan, jangan sedih-sedih... makin jauh, makin rindu-rinduan. ;)

Salam Sayang dari admin and the gang~

Wednesday, September 1, 2010

tahniah !


okiet :) TAHNIAH kepada yang dapat JPA baru baru ni.
saya tak pasti bape org yang dapat.
setahu saya, dentist gurls MM yang dapat

1.taqie
2.azirah
3.afifah
4.rusydah
5.syuhadah
6.adibah izzaty
7.amalina halil
8. athifah
9. natasya hanis

owh! dis name akan di update when i got the others name okie!
kepada yg ta dapat. BERSABAR. sebab ini dugaan yang kiter perlu hadapi.
maybe ade rezeki tok scholarship yg laen :)
juz pray n never stop praying :D

Sunday, July 25, 2010

PANDUAN MENGISI JPA

sebab ramai sangat confius.dan bertanya.
so korg..dis one from MM nye web okie :) i juz copy n paste!
anthings else nk tyer.u can drop it on my facebuk account :)



Untuk urusan Permohonan Tajaan JPA yang tutup pada akhir bulan ini. Sila ambil perhatian atas perkara-pekara dibawah:

1. Pastikan memohon online sebelum tarikh tutup. Jauhkan mendaftar pada tarikh terakhir, sebab talian ke laman web biasanya 'zahmah'.

2. Pada ruang jumlah yang dipohon. Sila masukkan yuran mengikut kadar didalam RM. Jika USD , kadar yang digunakan 1USD = RM 3.6 dan jika GBP , gunakan kadar 1GBP= RM 6.0. Sila jumlahkan yuran serta elaun bulanan sebanyak RM12,000 setahun. JUMLAHKAN!

3. Sila pastikan semua salinan dokumen yang dikehendaki dihantar sebelum 10hb Ogos 2010. Andaikata, ada dokumen yang tidak lengkap, sila pastikan mana yang ada dihantar tanpa menunggu kesemuanya lengkap. Anda boleh menghantarnya kemudian ke JPA ( TerimaKasih JPA!!.)

4. Untuk urusan NOC:
a. Bagi pelajar yang menerima surat KPT pada awal Januari 2010. Sila berhubung dengan KPT secara terus untuk tujuan pengeluran NOC dengan membawa surat yang diterima.

b. Bagi pelajar yang masih belum menerima apa2 maklumbalas. Anda mempunyai 2 pilihan iaitu:
PERTAMA : Menghantar sendiri dengan mengisi borang SSLN semula dan kepilkan keputusan Tahun 1. Bagi pelajar Tahun 2. Kepilkan keputusan Tahun 1 & 2. Cara pertama ini lebih cepat kerana ianya bukan berkumpulan.

Sila ambil maklum, MAKLUMAT EJEN di LAMPIRAN C:
Nama Syarikat : MEDICMESIR (Campus City Sdn Bhd)
cukup dengan mengisi maklumat teratas dan tak memerlukan cop syarikat.

KEDUA: Diuruskan oleh MedicMesir akan menghantar semua keputusan Tahun 1 pada Isnin 26hb Julai 2010. Salinan NOC yang berjaya akan dihantar ke rumah masing-masing atau di ambil sendiri selepas 2 minggu. Oleh itu jika anda masih belum mendapatkan apa2 maklum balas pada 9hb Julai, sila berhubung dengan pihak KPT secara terus.

Sila ambil maklum, kelulusan NOC adalah hak mutlak KPT. Kelulusan bergantung kepada keputusan SPM dan keputusan Tahun 1. Menurut tahun-tahun yang lepas, ramai yang berjaya mendapatkan tajaan tanpa NOC, termasuk JPA.

Sila ambil maklum, NOC tidak akan diproses tanpa keputusan Tahun 1. Pastikan anda menghantar salinan keputusan Tahun 1 ke email medicmesir@gmail.com (kecuali pelajar Tanta Uni, sebab semuanya telah ada di pejabat MM)

Tuliskan subjek email mengikut format ini
contoh : ( MUMTAZ BIN JAYYID / KEPUTUSAN TAHUN 1 / AL AZHAR UNi / NOC )

Harap maklumat ini membantu


sekian :)

Thursday, July 15, 2010

Keputusan Final Exam... Tahniah!

Assalamualaikum w.b.t

Keputusan final exam Kuliah Tibb Asnan Banat begitu membanggakan. 12 orang mumtaz dan kebanyakannya Jayyid Jiddan. Mabruuk 'alaikum! Semoga kejayaan kali ini maintain ke tahun-tahun hadapan. Dan kepada yang tidak bernasib baik, jangan berputus asa. Usaha lebih kuat lagi dan InsyaAllah berjaya. Jadikanlah kegagalan hari ini pembakar semangat dan usaha untuk berjaya di hari esok. Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... Syukran ya Allah!

p/s : Semoga keputusan final exam kuliah tibb asnan banin juga membanggakan insyaAllah. =)

Saturday, June 12, 2010

Bittaufiq Wannajah!


Assalamualaikum...

Di musim imtihan ini sama-sama lah kita meningkatkan amal ibadah serta banyakkan berdoa kepada Allah. Sesungguhnya Allah jua lah yang membantu kita. Dari Dia lah ilmu itu datang, kepada Dia lah kita memohon pertolongan.

Tingkatkan ibadah, jangan ringankan yang berat, jangan abaikan yang ringan.

Sekadar peringatan dari seorang sahabat.

Wednesday, May 26, 2010

Imtihan


Assalamualaikum

Salam imtihan buat semua student2 gigians and medic Universiti Al-Azhar banin & banat. Aim yang terbaik, dan usaha yg terbaik! Doa , usaha and tawakkal... InsyaAllah mumtaz! Kullu bittaufiq wannajah. Amin.