Thursday, October 28, 2010

Mau pergi UK?

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, tahun 2010, MedicMesir akan bersama-sama menjayakan JOM! "Perhimpunan Musim Sejuk 2010 UK-EIRE" yang akan berlangsung pada24-27hb December 2010. Untuk tahun ini, PMS 2010, akan diadakan diJamiaa Al Huda, Sheffield, United Kingdom.
Objektif MedicMesir mempelawa warga MedicMesir yang berminat dan berkemampuan adalah untuk memberi pendedahan serta membina jaringan kenalan terutamanya dengan pelajar perubatan di United Kingdom dan EIRE. Program ini TERBUKA kepada semua, danTIDAK TERHAD kepada pelajar MedicMesir sahaja.

Ini juga salah satu persediaan jaringan awal terhadap 'JOM! UK 2012' yang dilancarkan di JOM 'Pulau Kapas 2010'. "JOM! UK 2012' insyallah akan diadakan pada cuti musim sejuk tahun 2012. 'JOM! UK 2012' adalah program khas lawatan ke 8 muhafazah di UK / EIRE , khasnya membina jaringan dikalangan pelajar perubatan Mesir dan UK/EIRE. Disamping membina jaringan, ini membuka peluang untuk masing-masing berkongsi pengalaman dan menerokai peluang-peluang yang ada di UK dan EIRE dan pelbagai aspek kerjaya untuk masa hadapan.

Untuk 'JOM! PMS 2010' , MedicMesir akan menaja sebahagian kos kapalterbang dan berkaitan bagi pelajar-pelajar yang terpilih.

Memandangkan, program ini melibatkan 3 hari waktu kuliah (25hb Disember adalah cuti bagai sebahagian universiti). Maka, persediaan awal kuliah serta kebenaran Dekan adalah diperlukan. Hanya pelajar Tahun 2 keatas sahaja dibenarkan untuk menyertai 'JOM! PMS 2010'. Insyallah, Ummi serta keluarga dan 'ibubapa keluarga' MedicMesir dan 'JOM! Crew' akan bersama-sama sepanjang program berlangsung.

Bersama ini cadangan perjalanan program:

23hb Disember , malam (Sabtu ) : Bertolak ke London (melalui lapangan terbang Sharm El Sheikh)
24-27hb Disember (Ahad-Rabu): Program JOM! PMS 2010
28hb Disember (Khamis) : Melawat beberapa lokasi utama di London
29hb Disember (Jumaat): BEBAS
30hb Disember : Bertolak balik ke Mesir

Sesiapa yang berminat, sila nyatakan di link 'BORANG JOM! 'PMS 2010'
Segala pertanyaan, sila berhubung di Yahoo Messenger >>>medicmesir@yahoo.com
Semoga Allah swt mempermudahkan urusan kita mengembangkan silatulrahim dan ukhuwah, disamping menambah ilmu dan berjaulah ke UK.

Salam,
ummiMM (+6019 2306167 @ +20112582670)

No comments: